TERUK dikecam berhubung isu Palestin sehingga kehilangan ratusan ribu pengikut di laman sosial, pempengaruh yang dikenali sebagai Syamimia sekali lagi tampil membuat permohonan maaf. Dia yang kini yang mempunyai kira-kira 860,000 berbanbing 1.2 juta pengikut sebelum ini turut memohon maaf kerana menjadikan patung dewa Yunani sebagai perhiasan di rumahnya. Menurut wanita itu, perkara yang berlaku memberi pengajaran dalam kehidupannya. "Dengan rendah hati, saya Syamimia ingin sekali lagi memohon maaf kepada semua di atas kekurangan saya selama ini. "Isu Palestin dan ukiran patung David mengajar saya untuk menjadi seseorang yang lebih peka pada isu semasa dan ini merupakan pengajaran terbesar dalam hidup saya. "Saya bersama Palestin," demikian menurut Syamimia menerusi perkongsian di semua laman sosialnya, pada pagi Jumaat. ARTIKEL BERKAITAN: Syamimia ‘dihukum’ tentera bawang! Hilang ratusan ribu pengikut TikTok gara-gara isu Palestin... Tenang kongsi video bancuh kopi ARTIKEL BERKAITAN: “Saya tidak kacau sesiapa” - Alasan TikToker Syamimia tak kongsi isu Palestin buat orang makin marah Ujar Syamimia, patung tersebut juga sudah dilupuskannya. Jelasnya lagi, dia mengakui kesilapan yang dilakukannya terutama yang menyentuh soal sensitiviti masyarakat. Syamimia membuat permohonan maaf di laman sosial. "Saya bersyukur menerima bimbingan yang anda berikan dan saya mengaku bersalah kerana tidak prihatin tentang isu ini. "Saya akui saya masih muda dan buat kesilapan. Kekurangan ini menjadi iktibar untuk saya perbaiki diri di masa hadapan. "Sekali lagi saya ikhlas mohon maaf membuat anda berkecil hati dengan tindakan saya dan saya tiada niat untuk melukai sesiapa," kata Syamimia. Jika sebelum ini Syamimia mempunyai seramai kira-kira 1.2 juta pengikut di TikTok, namun apa yang mengejutkan apabila jumlah itu merosot sehingga kurang ratusan ribu pengikut. Terdahulu, Syamimia didakwa tidak sensitif mengenai konflik yang melanda di bumi Gaza, sekali gus menyebabkan pempengaruh itu teruk dikecam netizen. Rata-rata pengguna di laman sosial mempersoalkan sikapnya yang didakwa enggan berkongsi sebarang hantaran tentang nasib yang menimpa rakyat Palestin ketika ini. Malah patung dewa 'David' yang menjadi hiasan bagi kediaman orang bukan beragama Islam turut mendapat kritikan ramai. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube