suria

Polis, orang awam berkas lelaki cuba larikan kereta bersama 6 murid

Tangkap layar video kejadian yang dirakam orang awam.

POLIS berjaya menggagalkan cubaan seorang lelaki yang mahu melarikan sebuah kereta dinaiki enam murid, dalam kejadian yang berlaku di hadapan sebuah kedai runcit di Kampung Pinousuk, Kundasang, petang Selasa.

Dalam kejadian kira-kira 5 petang itu, suspek diberkas anggota unit kereta peronda polis (MPV) Balai Polis Kundasang dengan bantuan orang ramai.

Ketua Polis Daerah Ranau, Deputi Superintendan Simiun Lomudin berkata, pihaknya menerima satu laporan berhubung seorang lelaki cuba melarikan kereta Proton Persona yang turut membawa enam murid di dalam kenderaan berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Padah samun, curi kereta... tak sampai sejam seorang daripada empat suspek maut kemalangan

"Bagaimanapun, suspek diberkas dan polis turut menerima maklumat mengenai video tangkapan pihak polis ke atas suspek yang tular di media sosial.

"Polis sedang menjalankan siasatan untuk memastikan tindakan dari sudut perundangan dilaksanakan," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Simiun berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan berhubung kejadian.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan dan Seksyen 365 Kanun Keseksaan.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kejadian ini bolehlah salurkan maklumat berkenaan kepada Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ranau," katanya lagi.

Terdahulu, video yang memaparkan suspek diberkas polis dengan bantuan orang ramai menjadi tular di media sosial.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain