suria

Tergamam tengok semangat pasangan ini! Bergabung tenaga masukkan tilam dalam dryer kedai dobi

Tindakan dua individu itu memasukkan tilam ke dalam mesin pengering mengundang kecaman ramai.

RAKAMAN memaparkan dua individu sedang memasukkan sebuah tilam bersaiz single ke dalam mesin pengering (dryer) di sebuah premis dobi layan diri meraih perhatian netizen.

Perkongsian video itu dibuat menerusi laman X pada Isnin pagi sehingga meraih lebih 10,000 tontonan.

"I cannot brain orang macam ni. Baik kau je masuk terus dalam tu," ciap individu yang berkongsi video itu.

Dalam rakaman berkenaan, dua individu dipercayai suami isteri kelihatan sedang menggulung sebuah tilam sebelum ia dimasukkan ke dalam mesin pengering.

Namun, tilam itu dilihat gagal dimasukkan sepenuhnya kerana saiznya yang besar, melebihi had muatan mesin berkenaan.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen turut menyelar tindakan dua pelanggan itu yang disifatkan tidak wajar dan memalukan.

"Ini yang orang tua cakap bagai pinang dibelah dua sama cantik sama cerdik.

"Weh. Macam mana otak mereka berfungsi? Lain level punya pemikiran.

"Pasangan sekufu. Sepadan sangat. IQ sama level," tulis beberapa netizen secara sinis.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain