suria

Dua geng bergaduh serentak di Pasar Siti Khadijah! Acik-acik peniaga tak sempat buka apron, bergelut sekali tolong leraikan

Video pergaduhan beramai-ramai di Kelantan tular di media sosial.

MEDIA sosial kecoh apabila tersebarnya video pergaduhan melibatkan beberapa lelaki di Kota Bharu, Kelantan pada Selasa.

Menurut pengguna media sosial, pergaduhan itu berlaku di kawasan premis perniagaan, berdekatan Pasar Siti Khadijah.

"Pasar Siti Khadijah, Kota Bharu. Palestin sedang berperang bermandikan darah, kita di sini berembas (bergaduh). Kes apa tak pasti," tulis individu yang berkongsi video itu di Facebook.

Menerusi video berdurasi lebih seminit itu, dua pergaduhan berasingan dilihat berlaku serentak di hadapan deretan kedai makan.

ARTIKEL BERKAITAN: Polis siasat kes gaduh di Pasar Siti Khadijah, tarik balik laporan bukan penyelesaian

Pada masa sama, sekumpulan orang awam dan peniaga dilihat cuba meleraikan pergaduhan berkenaan.

peniaga2

Dua pergaduhan berasingan berlaku serentak di kawasan sama.

Malah, beberapa wanita yang memakai apron, dipercayai peniaga kedai makan turut bergelut untuk meleraikan pergaduhan itu.

Selain Facebook, video berkenaan turut dikongsi di laman X dan TikTok.

Rata-rata netizen turut menyelar tindakan kumpulan pemuda berkenaan yang tergamak bergaduh di kawasan terbuka.

ARTIKEL BERKAITAN: Pengawal keselamatan lanyak rider cukup-cukup, pelanggan wanita rayu henti bergaduh - “Lepaskan... dia kecil je kot!”

Paling mencuri tumpuan adalah komen kemarahan netizen yang bengang dengan kualiti rakaman video yang dibuat oleh saksi kejadian itu.

"Patutnya pukul yang tukang rakam ni sekali. Dah macam Yahudi mabuk pegang kamera terhuyung-hayang sana sini.

"Ni kalau rekod pakai selipar pun lagi better dari cameraman ni.

"Yang record pun. Guna penyapu lidi ke?

"Cameraman kena parkinson ke? Goyang semacam je. Fokus la betul-betul," tulis netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain