SUSPEK yang terlibat dalam pergaduhan antara beberapa lelaki dekat Pasar Siti Khadijah di Kota Bharu, Kelantan pada Isnin, akan disiasat polis. Perkara itu disahkan oleh Ketua Polis Daerah Kota Bharu Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud susulan pihaknya menerima dua laporan berkaitan kejadian, pada hari yang sama. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) Bagaimanapun, kedua-dua pihak kemudian telah menarik semula laporan tersebut. “Tindakan kedua-dua pihak yang cuba menarik balik laporan polis dengan tujuan untuk selesaikan kes adalah bukan penyelesaiannya. “Ini kerana kesan yang telah dilakukan oleh mereka itu telah menjejaskan keamanan masyarakat secara amnya,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu. ARTIKEL BERKAITAN: Dua geng bergaduh serentak di Pasar Siti Khadijah! Acik-acik peniaga tak sempat buka apron, bergelut sekali tolong leraikan Difahamkan, insiden pergaduhan melibatkan beberapa lelaki dan wanita dipercayai bergaduh kerana berebut pelanggan di kawasan gerai makan berkenaan. Sehubungan itu, Mohd Rosdi berkata, siasatan lanjut berkait kes tersebut akan dilakukan oleh pihaknya. Media sosial pada Selasa kecoh apabila tersebarnya video pergaduhan melibatkan beberapa lelaki di Kota Bharu. Menerusi video berdurasi lebih seminit itu, dua pergaduhan berasingan dilihat berlaku serentak di hadapan deretan kedai makan. Pada masa sama, sekumpulan orang awam dan peniaga dilihat cuba meleraikan pergaduhan berkenaan. Malah, beberapa wanita yang memakai apron, dipercayai peniaga kedai makan turut bergelut untuk meleraikan pergaduhan itu. Pada masa sama, polis turut mengesan serta menangkap suspek-suspek yang terlibat. Kes akan disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube