MESKIPUN pusat beli belah menyediakan kemudahan awam seperti tandas bagi memudahkan pengunjung dan memberi keselesaan semasa membeli, namun masih terdapat segelintir individu yang tidak mahu menggunakan apa yang telah disediakan. Menerusi video tular, seorang lelaki dilihat kencing di tiang parkir bawah tanah (basement) sebuah pusat beli belah, di Subang Jaya, Selangor. Selesai ‘membuang’, dia segera berlalu pergi apabila ditegur oleh seorang wanita kerana melakukan perbuatan tidak bermoral. Kesan air kencing pada dinding. Dia dilihat hanya berkata ‘sorry’ selepas dimaklumkan di situ terdapat tandas, sambil bergerak ke kereta jenis Mazda 3 yang diparkir berhampiran. Seolah-olah tidak melakukan sebarang kesalahan, dia yang duduk di ‘seat’ penumpang bahagian depan sempat melambai kepada wanita berkenaan sambil kereta bergerak meninggalkan kompleks beli belah tersebut. ARTIKEL BERKAITAN: Tak pernah berlaku dalam sejarah, pemuda dedah kena gelak basuh taman permainan - “Saya pernah nampak mereka mabuk, kencing merata” Berdasarkan kapsyen yang dikongsikan, kejadian berlaku pada Khamis, pukul 10.51 malam. “Rakyat Malaysia kencing kat lot parkir basement di pusat beli belah Subang Jaya. 10.51PM, Khamis 16 November 2023,” katanya. Netizen mengecam perbuatan lelaki tersebut. Perbuatan tidak bermoral dan biadab itu mengundang kecaman daripada warga maya. Rata-ratanya menyelar sikap lelaki terbabit yang menyebabkan sesetengah kawasan menjadi kotor dan busuk. “Patutlah kadang-kadang ada bau hancing, rupanya orang macam ni yang buat. Kereta mahal dah tapi sayang perangai macam bodoh. “Oh parking dia kot. Tu yang terpaksa kencing kat tiang, nanti tak kenal bau tak jumpa parking pula. Boleh cuba letak botol isi dengan air warna merah dekat tiang tu nanti. “Tak senonoh. Tak malu, macam tak bertamadun. Kucing aku lagi cerdik, nak peepee poopoo (kencing berak) masuk dalam litter box. “Patutlah parking mall banyak bau hancing, rupanya punca dari spesis ‘tembak’ merata,” ujar beberapa warga maya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube