suria

Selesai ‘buang hajat’ terus keluar... Ramai teruja tengok tandas sekolah konsep terbuka, boleh elak masalah gaduh dan merokok

Tandas lelaki di SMK Kulai Besar mencuri perhatian warga maya kerana kelihatan 'rare'. -Gambar FB Shahrizal Sha'ri

TANDAS di sebuah sekolah meraih perhatian ramai kerana kelihatan begitu cantik dan lain daripada kebiasaan.

Menerusi perkongsian seorang guru, Shahrizal Sha'ri di laman Facebook, tandas bagi pelajar lelaki itu mengetengahkan konsep ala-ala tandas di kawasan Rehat & Rawat (R&R).

Selain kelihatan lebih luas, tandas berkenaan juga tampil dengan idea 'terbuka' (open air) sekali gus mencipta suasana yang sangat berbeza berbanding konsep di kebanyakan tandas sekolah.

"Ini adalah salah satu projek tandas pelajar lelaki. Ada lagi tandas-tandas lain untuk disiapkan.

"Jikalau sebelum ini memang macam sendu, 'hauk' dan reban ayam, ini juga satu usaha yang amat bernilai hasilnya. Pelajar lelaki pun tak rasa jijik.

tandas front

Tandas kelihatan lebih luas dan selesa.

"Penggunaan warna biru, putih dan coklat sebagai asasnya dan tampak luas. Tak payah deko sangat asalkan sampai matlamatnya. Suasana lebih bersih dan yakin untuk buang air besar," tulisnya pada perkongsian tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Berbelas tahun kerja di bilik guru dalam suasana ‘sendu’, sekali cikgu ini ‘mengamuk’ terus berubah jadi ala pejabat CEO... bajet RM1,200 je!

Difahamkan, tandas tersebut adalah di SMK Kulai Besar, Johor.

Sehingga kini, perkongsian guru berkenaan meraih 672 shares di Facebook selain mengundang komen pujian daripada warga maya.

"Sokong sangat tandas open macam ni. Tak ada la ahli mesyuarat tandas.

"Nice tandas macam ni... mengurangkan masalah berbau.

"Bagus tandas macam ni... boleh elak hisap rokok, kaki ponteng dan bergaduh," demikian antara komen netizen.

tandas gir;

Tandas bagi pelajar perempuan yang masih dalam proses renovasi.

Dalam hantaran yang berasingan, guru berkenaan memuat naik gambar di tandas pelajar perempuan yang sedang diubah suai dan dinaik taraf.

Untuk rekod, media sebelum ini melaporkan Kementerian Pendidikan (KPM) memperuntukkan RM70,000 kepada setiap sekolah untuk kerja-kerja penyelenggaraan tandas.

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, pihak kementerian memberi masa selama tiga bulan kepada semua sekolah untuk melaksanakan penyelenggaran fasiliti tersebut.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain