suria

Agus dedah identiti ‘Mr H’ kepada polis

Agus selepas memberi keterangan di IPD Kajang pada Isnin.

IDENTITI ‘Mr H’ yang dikatakan individu berpangkat tinggi di sebalik video membabitkan bekas ketua pengarah Jabatan Komunikasi Masyarakat (J-Kom) Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff telah didedahkan kepada polis.

Mohammad Agus berkata beliau mendedahkan perkara itu ketika disoal siasat polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang, Kajang, Selangor.

"Saya mendedahkan siapa Encik H dan menjawab apa yang mereka perlukan untuk siasatan lanjut," katanya.

Mohammad Agus menambah, beliau turut membuat laporan terhadap Raja Petra Kamarudin kerana didakwa memuat naik salinan laporan awal polis yang mendedahkan maklumat peribadinya.

"Agak pelik bagaimana dia (Raja Petra) boleh mendapatkan laporan penuh dan saya telah meminta polis menjalankan siasatan dalaman," katanya pada Isnin. - The Star

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain