suria

Uptown Kota Damansara terbakar! Langit ‘merah berapi’ selubungi tapak niaga

Keadaan kebakaran di Uptown Kota Damansara.

KEBAKARAN melibatkan kawasan bangunan gerai di Uptown Kota Damansara, Selangor musnah dijilat api dalam kejadian yang berlaku pada malam Isnin.

Menurut Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan I Narmizi Hamzah, kebakaran yang melibatkan kawasan bangunan Kelas B berkeluasan 70x100 kaki persegi musnah 90 peratus manakala gymnasium terbakar 50 peratus.

“Kebakaran berjaya dikawal pada pukul 9.06 malam dan tidak melibatkan mangsa.

“Kerja-kerja overhaul sedang dilakukan oleh anggota bomba,” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, panggilan diterima pada pukul 8.34 malam dan pasukan bomba sampai di lokasi kira-kira sembilan minit kemudian.

Operasi pemadaman melibatkan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Buluh serta bantuan dari BBP Kota Anggerik, BBP Damansara serta BBP Petaling.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain