GEMPAR apabila seorang guru sekolah mendedahkan anak muridnya terdedah kepada kandungan lucah di alam maya seawal usia tujuh tahun. Lebih membimbangkan apabila kandungan pornografi terbabit dikatakan mudah untuk diakses kanak-kanak yang sepatutnya masih kekok mempelajari selok-belok dunia digital. Pendedahan guru berkenaan dikongsikan semula oleh seorang pempengaruh di laman Facebook dikenali sebagai Akhi Fairuz dengan harapan untuk mendapatkan perhatian pihak sewajarnya. "Dekat sekolah saya ada murid tahun satu selalu buat aksi lucah dalam kelas. Saya minta dia buka phone dan tunjuk apa yang dia search untuk tengok di YouTube. ARTIKEL BERKAITAN: Takut tengok pelajar zaman sekarang makin ‘maju’! ‘Projek’ di tandas sekolah, check-in hotel dengan BF perkara biasa "Sekali dia tunjuk saya terus istighfar panjang, hanya dengan menaip kata kunci tertentu akan terus keluar benda lucah dalam YouTube. "Padahal majoriti murid dalam kelas saya ni membaca dan mengeja pun tak pandai lagi. Macam mana saya nak beritahu dalam grup ibu bapa tentang benda ni," kata guru tersebut runsing dengan apa yang dilihatnya. Manakala di platform X pula, seorang lagi guru turut tampil berkongsi kerisauan apabila dia 'menangkap' muridnya melukis ilustrasi memaparkan aksi hubungan intim dalam posisi tertentu. "Ini budak darjah lima, seram sungguh tengok. Kalau ikutkan hati nak back-hand dah kepala dia," ujar guru berkenaan. Pantaulah penggunaan skrin dan internet anak-anak, jangan bagi mereka layari phone bersendirian dalam bilik. WARGA MAYA Dalam pada itu, Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berkata pihaknya akan mengadakan perbincangan dengan penyedia platform Google dalam masa terdekat. Jaminan tersebut memberikan kelegaan kepada Akhi Fairuz yang berpandangan pihak berkuasa memainkan peranan penting untuk membuat sekatan dan tapisan di platform penstriman seperti YouTube. "Dalam permasalahan ini, ibu bapa juga perlu selalu memantau. Tolonglah jangan lepas tangan dan beri terus gajet kepada anak-anak, ini boleh merosakkan mereka. "Kalau terus dibiarkan, maka akan lahirlah generasi anak muda seperti hari ini, risau tengok," kata Akhi. Sementara itu, warga maya juga menzahirkan rasa gusar apabila melihat minda anak kecil yang seharusnya bersih seperti kain putih mudah dicemari dengan anasir jelik. "Terlebih 'maju' budak-budak ni, semoga keturunan kita terpelihara daripada perkara-perkara yang merosakkan diri, keluarga dan masyarakat. "Pantaulah penggunaan skrin dan internet anak-anak. Jangan bagi mereka melayari phone bersendirian dalam bilik. Ajak mereka duduk di meja makan atau ruang tamu yang kita sentiasa boleh nampak. "Selain itu, periksa juga search history. Tetapkan peraturan dan tempoh penggunaan. Dan terakhir sekali, jangan bagi anak tengok YouTube, dah tak selamat," kata sebahagian warga maya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube