suria

Calon SPM maut dilanggar: Pegawai kanan polis negatif dadah - KP Perak

Mohd Yusri mengulas tentang kes membabitkan seorang pegawai polis kanan. -Gambar fail Bernama

KIRA-kira 12 laporan dibuat berhubung kes pelajar Tingkatan Lima yang maut, selepas didakwa dirempuh sebuah kereta dipandu pegawai kanan polis di Meru Raya di Ipoh, pada Jumaat.

Menerima laporan itu sejak Jumaat, Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, kes masih disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan kerana menyebabkan kematian dengan memandu secara melulu atau berbahaya, dan Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Menurut beliau, pegawai polis berusia 44 tahun yang ditahan pada Jumaat itu juga didapati negatif dadah.

“Kita juga telah mengambil sampel darahnya dan sedang menunggu laporan patologi,” katanya ketika dihubungi.

ARTIKEL BERKAITAN: Calon SPM maut dilanggar, pegawai kanan PDRM ditahan

ARTIKEL BERKAITAN: Buat bising naik motor, calon SPM maut dilanggar... Pelaku dikatakan anggota polis

Terdahulu dilaporkan, mangsa Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie, 17, meninggal dunia di tempat kejadian di Jalan Taman Jati, Ipoh susulan insiden yang berlaku kira-kira pukul 12.40 tengah hari.

Bedah siasat mendapati pelajar SMK Jati itu meninggal dunia akibat kecederaan di dada dan abdomen.

Suspek kini ditahan reman selama tiga hari sehingga Isnin bagi membantu siasatan. - The Star

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain