suria

Hujan lebat akibatkan tanah runtuh, penduduk lebih 7 rumah berpindah

Penduduk beberapa rumah di Pusat Bandar Puchong dipindahkan selepas kejadian tanah runtuh.

HUJAN lebat mengakibat banjir melanda beberapa kawasan di Puchong, Selangor dan sekitarnya, sehingga menyebabkan kesesakan lalu lintas dan kejadian tanah runtuh di Pusat Bandar Puchong.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, kejadian tanah runtuh berlaku dekat Jalan Wawasan 3/4, kira-kira pukul 7.25 malam Sabtu.

Menurutnya dalam satu kenyataan, penduduk tujuh kediaman berhampiran dipindahkan kerana masih terdapat pergerakan tanah di tapak tanah runtuh.

Bagaimanapun katanya, tiada kemalangan jiwa dilaporkan walaupun sebuah kenderaan mengalami kerosakan.

ARTIKEL BERKAITAN: Pengunjung IOI Mall Puchong cemas premis ditenggelami banjir

Terdahulu, pengunjung IOI Mall Puchong bergegas keluar dari pusat beli-belah itu apabila air banjir dari Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) mengalir masuk ke dalam bangunan.

Menurut sistem amaran banjir Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ), paras air di sekitar pusat beli-belah itu agak tinggi setakat pukul 6.55 petang.

Pengunjung berkata, air banjir mula-mula membanjiri kawasan parkir pusat beli-belah itu sebelum akhirnya memasuki bahagian dalam.

Seorang pengunjung yang hanya mahu dikenali sebagai Azira berkata, keretanya yang berada di tempat letak kereta dipenuhi air, manakala seorang lagi pekerja pusat beli-belah berkata, kereta majikan mereka turut ditenggelami air. - The Star

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain