suria

Pergaduhan adik-beradik bawa maut… Mayat saudara ditanam belakang rumah

Mayat lelaki yang ditanam belakang rumahnya ditemukan oleh pihak polis. -Gambar TV3

MAYAT seorang lelaki ditemukan ditanam dibelakang rumah selepas dibunuh saudara kandung mangsa pada malam Sabtu.

Pembunuhan di Sungai Choh, Rawang, Selangor itu dipercayai berpunca daripada pergaduhan antara adik-beradik berkenaan.

Panik dengan insiden yang berlaku, ahli keluarga mereka bertindak menghubungi pihak polis untuk tindakan lanjut.

Menurut laporan TV3, polis termasuk Unit Anjing Pengesan K9 dipanggil untuk mengesan dan mencari bahan bukti di sekitar lokasi kejadian.

Usaha mencari akhirnya menemukan mayat mangsa yang dikeluarkan dari belakang rumah kira-kira pukul 5 pagi Ahad.

Susulan itu, mayat mangsa dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk dibedah siasat.

Sementara itu difahamkan dua individu ditahan polis bagi membantu siasatan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain