POLIS mengesahkan menerima laporan berhubung penemuan mayat seorang lelaki di dalam sebuah kereta di Kota Damansara, pada Ahad. Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintenden M Hussin Sollehuddin Zolkifly, pihaknya menerima laporan pada pukul 12.04 tengah hari Ahad berhubung penemuan mayat berkenaan. Ujarnya, siasatan awal mendapati mangsa dijumpai dalam keadaan tidak sedarkan diri dalam sebuah kereta jenis Perodua Bezza. "Lokasi kejadian bertempat di kawasan parkir kenderaan, Jalan Teknologi 3/9, Kota Damansara, Petaling Jaya. "Si mati dipercayai telah meninggal dunia lebih daripada lima hari," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin. ARTIKEL BERKAITAN: Wanita dengar ‘perbualan’ nak tanam mayat, bawa penemuan misteri dalam belukar Sehubungan itu kata beliau, orang ramai yang mempunyai maklumat, melihat atau berada di tempat kejadian diminta tampil membantu siasatan. Jelasnya, mereka yang mempunyai maklumat boleh hadir ke balai polis berdekatan atau berhubung terus dengan Ketua Polis Balai Kota Damansara, Asisten Superintenden Mohd Nasir Mustapha di talian 01132052062. Sementara itu, video penemuan mayat berkenaan turut tular di laman sosial. Menurut salah seorang pelayar X (Twitter), mayat berkenaan ditemui oleh orang ramai yang mengunjungi 'car boot sale' berhampiran. "Dia siap tinggalkan notes (nota). Memang ada dari Khamis lagi kereta tu rasanya. "Dia tulis 'please call my sister or my brother'. Semoga adik beradik dia tabah," demikian antara komen netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube