suria

Orang awam jumpa mayat dibaluti selimut di kebun sawit, tiada kesan kecederaan

Warga asing menjadi buruh di kebun sawit. -Gambar hiasan

MALANG tidak berbau.

Begitulah keadaan seorang lelaki warga asing yang ditemukan maut di kebun kelapa sawit di Jalan Kuala Tasek Machang Bubok, Bukit Mertajam Pulau Pinang pada Sabtu.

Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah Asisten Komisioner Tan Cheng San, mayat yang ditemui dalam keadaan berbungkus selimut itu meninggal dunia kerana saluran darah menyempit.

Mayat mangsa ditemui dalam balutan selimut.

Mayat mangsa ditemui dalam balutan selimut.

"Perkara tersebut dimaklumkan Unit Forensik Hospital Bukit Mertajam (HBM) yang mengesahkan punca lelaki itu meninggal dunia," ujarnya dalam kenyataan pada Isnin.

Menurutnya, dalam kejadian pukul 2.55 petang itu, pihaknya menerima panggilan berhubung penemuan mayat berbungkus dengan selimut.

"Hasil siasatan di lokasi kejadian mendapati mangsa masih berpakaian lengkap dengan berbaju T berwarna hijau dan berkain pelekat berwarna kelabu.

"Tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui bersama mayat dan dipercayai si mati bukan warga tempatan memandangkan tiada tanda suntikan vaksin 'Bacillus Calmette Gurrain' (BCG) ditemui pada bahu si mati," katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain