POCO-POCO merupakan sejenis senam tarian yang melibatkan beberapa individu atau secara berkumpulan dan sangat popular sebagai aktiviti riadah di Malaysia. Tular di laman TikTok, apabila tarian tersebut turut dilakukan oleh kerabat diraja semasa Majlis Persantapan Diraja Pengantin Diraja Pengiran Muda ‘Abdul Mateen Bolkiah dan Dayang Anisha Rosnah, pada Isnin malam. Selain gerak tari Putera Mateen, warga maya turut menzahirkan rasa teruja apabila melihat Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang turun perkenan melakukan poco-poco. Malah ramai yang menyatakan Seri Paduka Baginda berdua sangat mencuit hati dan comel. “Comel Permaisuri Azizah. Memang sporting habis Tuanku dengan Permaisuri. Antara reaksi netizen. “Mataku tengok Permaisuri je, cute sangat. “Steady Agong dan Permaisuri ikut menari seronoknya... terbaik sporting our beloved Agong,” ujar beberapa netizen. Bagaimanapun tidak kurang juga yang meluahkan rasa terkejut apabila tarian rakyat itu turut dilakukan oleh keluarga diraja dan golongan bangsawan. “Dulu tak mau belajar poco-poco ingat sesuai dengan makcik- makcik zumba je tapi lepas ni kena belajar balik sebab dalam istana pun berpoco. “Ingatkan keluarga diraja ni 24 jam serius je. “Tak sangka royal buat tarian poco-poco ni,” tambah segelintir warga maya lagi. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube