suria

Tawar upah lebih mahal daripada Bangla, pengantin cari jurugambar berpengalaman nak bayar RM100 sehari

Ramai pengantin mengupah jurufoto perkahwinan untuk merakam detik hari bahagia mereka. -Gambar hiasan

JURUKAMERA merupakan antara insan paling penting ketika majlis perkahwinan.

Dengan kemahiran serta kelengkapan dimiliki, jurukamera bertanggungjawab merakam momen-momen indah yang akan dikenang sehingga akhir hayat.

Di Facebook, seorang individu, dipercayai bakal pengantin meraih perhatian ramai selepas meluahkan hasratnya untuk mencari seorang jurufoto dengan nilai upah serendah RM100 sehari.

"Kalau kamera pengantin sendiri sediakan, boleh ke upah jurufoto untuk tolong tekan kamera je? Bajet RM100 sehari. Bangladesh kerja penat pun gaji RM80 je sehari.

"Upah jurufoto tolong tekan-tekan je. Nak upah keluarga sendiri semua sibuk layan tetamu. Kamera DSLR disediakan. Nikon 3100. Flash jenama Yongnuo. Lens Nikon 18-55mm.

WhatsApp Image 2024-01-22 at 1.21.30 PM

Foto ketika hari perkahwinan boleh disimpan untuk menjadi tatapan anak cucu. -Gambar hiasan

"Majlis 24 Februari 2024, 8 pagi sehingga 6.30 petang. Sila tinggalkan link contoh gambar atau tag jurufoto yang gambar cantik," tulis individu itu.

Dia memuat naik hantaran berkenaan menerusi group Facebook Photographer/Videographer Malaysia.

ARTIKEL BERKAITAN: Jurugambar pelik pengantin tak tuntut album kahwin, mesej tak pernah balas... Rupanya berkabung sehari selepas majlis sanding

Selain tular di Facebook, kisah mengenai individu itu turut disebarkan ke laman X sehingga dia menerima kecaman ramai.

Segelintir netizen berpendapat upah yang ditawarkan adalah tidak wajar, malah ia dilihat seperti merendah-rendahkan kemahiran yang dimiliki jurufoto.

"Orang macam ni kalau jadi majikan atau bos, memang kesianlah staf.

"Dia ingat pengalaman jurufoto ni sehari dua ke dapat? Dia tahu tak harga mahal sebab kemahiran tu.

"Nak bayar RM100 tapi bukan main memilih nak jurufoto tunjuk contoh gambar. Citarasa T20 tapi bajet B40.

"Tekan-tekan je? Aku paling angin dengan orang macam ni. Kalau macam tu suruh je lah jiran kau buat," tulis beberapa netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain