suria

Pemandu Tesla rempuh tembok, dakwa tak nampak jalan gelap

Kereta dipandu melanggar tembok tersebut sehingga runtuh.

SEORANG pemandu yang menaiki sebuah kereta mewah hilang kawalan sebelum merempuh sebuah tembok dalam kejadian dipercayai berlaku di Serdang, Selangor.

Menerusi satu hantaran di Facebook, seorang lelaki memuat naik beberapa gambar dan video yang menunjukkan dinding batu-bata kelihatan 'berlubang'.

Lelaki itu mendakwa pemandu Tesla berkenaan merupakan pelanggan dari sebuah restoran di Kuala Lumpur.

"Pelanggan itu datang dari restoran dan merempuh dinding batu-bata.

"Dia mendakwa jalan di situ terlalu gelap sehingga tidak melihat dinding di hadapan," tulisnya dalam satu hantaran pada awal pagi Ahad.

Mengulas lanjut, lelaki itu tampil menjelaskan berhubung persoalan ramai mengenai kewujudan tembok berkenaan di tengah jalan kawasan itu.

"Tembok itu sebenarnya sudah dibina hampir 10 tahun lalu ketika kawasan belum dimajukan sepenuhnya.

"Kewujudan tembok itu sudah dikemaskini dalam semua peta dalam talian. Pelik pelanggan tu tak nampak," ujarnya.

Hantaran yang tular itu meraih perhatian netizen sehingga tular termasuk di laman X.

"Tesla yang kemalangan, restoran yang dapat nama.

"Dia nak pergi mana sebenarnya. Pakai waze salah ke?

"Lain macam jalan tu tiba-tiba depan ada tembok," komen warga maya.

Bagaimanapun tidak dipastikan punca sebenar kejadian dan tiada kenyataan rasmi daripada polis setakat ini.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain