suria

Kenduri kahwin kucar-kacir, lauk kenduri basi! Pengantin dakwa jumpa belalang pelesit atas pelamin

Setiap pengantin pasti mengharapkan majlis bahagia mereka berjalan lancar. -Gambar hiasan

SEORANG wanita tular di laman X selepas mendakwa majlis perkahwinannya kucar-kacir akibat perbuatan khurafat yang ditujukan kepada keluarganya.

Selain berlaku pergaduhan dengan ibunya sendiri, pengantin itu berkata nasi yang dihidangkan untuk tetamu juga bertukar basi secara tiba-tiba pada hari berkenaan.

"Masa malam nikah, ada pelesit dekat pelamin aku. Tiba-tiba gerimis sekejap. Lepas tu banyak lagi kejadian pelik masa malam nikah.

"Esok tu sanding, makanan basi. Lepas tu orang kampung ramai tak datang sangat sebab mereka kata mak ayah aku tak jemput.

WhatsApp Image 2024-02-16 at 3.14.37 PM

Majlis perkahwinan merupakan antara hari paling penting dalam kehidupan setiap individu. -Gambar hiasan

"Padahal mak ayah aku pergi ajak mereka. Pagi sanding tu aku gaduh besar dengan mak aku depan orang ramai. Kau rasa?" ujarnya.

Menurut wanita itu, dia turut mendapatkan bantuan seorang kenalan sebelum dimaklumkan ada individu yang cuba menghantar santau kepada keluarganya.

ARTIKEL BERKAITAN: Rama-rama masuk rumah, esoknya gadis dirisik... Kejadian sama berulang sehari sebelum majlis tunang

"Check dengan kenalan suami dari jauh, dia kata malam saya nikah tu ada orang hantar santau. Apabila hujan gerimis maksudnya santau tu dah berjaya dihantar. Dia nak buat keluarga saya malu. Sebab tu makanan basi and so on.

"Katanya orang terdekat. Orang tu ada masa saya sanding atau nikah. Sedih gila. Masa malam nikah tu, saya kat bilik tengah siap siap.

"Lepas tu ada belalang besar, katanya bunyi bising sangat. Lepas tu mak mentua kata tu pelesit. Sebab belah mentua dah biasa benda macam ni. Yang tolong buang pelesit tu pun nenek saya," ceritanya lagi.

Selain berdepan kejadian aneh, pengantin itu mendakwa dia turut mengalami cirit-birit pada hari persandingannya.

"Aku dah banyak kali ulang alik ke tandas hari ni... lagi lagi sejak aku sanding hari tu. Keesokan hari lepas sanding dalam pukul 2 pagi macam tu aku tersedar daripada tidur sebab sakit gila perut sampai muntah-muntah.

"Cirit-birit woi. Bukan aku je tapi keluarga mentua dengan keluarga aku pun sama," ceritanya lagi sehingga merih hampir 3,000 ulang kicau di X.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain