suria

Bergaduh, dihumban masuk kolam... Wanita minta polis tak teruskan siasatan, tak mahu pakwe kena tindakan

Tangkap layar video yang tular di media sosial.

KES tular seorang lelaki mengheret kekasihnya masuk ke dalam kolam renang disahkan berlaku di sebuah kondominium di Jalan Taylor, Bandar Sunway.

Menurut Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat, polis menerima laporan berhubung pergaduhan pasangan itu pada Jumaat.

"Mangsa, seorang wanita berusia 19 tahun tampil membuat satu laporan polis berhubung kejadian itu pada jam 6.30 petang semalam (Sabtu).

"Dia tidak mengalami sebarang kecederaan dan tidak mahu mendapatkan rawatan. Dia juga tidak mahu meneruskan kes berkenaan kerana tidak mahu sebarang tindakan diambil terhadap teman lelakinya," katanya.

Atas permintaan mangsa, Wan Azlan berkata polis tidak akan meneruskan siasatan kes berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Dua lelaki bergaduh kerana perempuan, siap ‘block’ nak putus kawan! Demi rindu, bertemu semula lepas 10 tahun

Video tular itu dirakam kira-kira pukul 3 petang Jumaat dan tersebar di laman X pada Sabtu.

Terdahulu, seorang individu, dipercayai penghuni kondominium memuat naik video pergaduhan antara pasangan kekasih di tepi kolam renang.

Menerusi video berkenaan, lelaki itu dilihat menarik rambut dan mengheret tubuh teman wanitanya sehingga ke masuk ke dalam kolam renang.

Lelaki itu juga dilihat cuba membenam kepala kekasihnya ke dalam air, namun wanita itu berjaya melawan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain