suria

Mahkamah jadi tumpuan, ramai ikuti kes bunuh Bella

Suspek tiba di mahkamah untuk pertuduhan kes Bella. -Gambar kanan Bernama (fail)

PERKARANGAN Kompleks Mahkamah Batu Pahat di Batu Pahat, Johor, pada Isnin menjadi tumpuan dengan kehadiran orang ramai bagi mengikuti perkembangan terkini sebutan semula kes pembunuhan Mila Sharmila Samsusah, atau Bella, 32.

Tertuduh, Mohammad Haikal Mahfuz, 24, tiba di mahkamah kira-kira pukul 8.10 pagi dengan kawalan ketat pasukan polis.

Sementara itu, ibu Bella, Noraini Salleh, 55; kakak, Norhisham, 36, dan juga bapa saudara, Nor Azhar Jamil, 55, selain ahli keluarga tertuduh turut kelihatan di mahkamah.

ARTIKEL BERKAITAN: Teman lelaki bekas posmen akhirnya dituduh bunuh Bella

Terdahulu, Mohammad Haikal dihadapkan ke mahkamah atas pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Bekas posmen itu ditahan pada 19 Disember lalu sebelum didakwa atas kesalahan membunuh Bella yang juga teman wanitanya.

Dalam kejadian bunuh itu, mayat Bella ditemukan dalam keadaan rangka tidak sempurna di sebuah rumah sewa terbiar selepas tertuduh membawa polis ke lokasi berkenaan.

Penemuan rangka itu menjawab misteri kehilangan Bella selepas mangsa didakwa keluar bersama tertuduh pada malam 14 Disember 2023.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain