suria

Gempar bunyi letupan! Restoran terbakar, pekerja melecur

Keadaan restoran yang terbakar. -Gambar JBPM

SEORANG pekerja sebuah restoran di Bangsar, Kuala Lumpur dikejarkan ke hospital berikutan insiden letupan dan kebakaran di dapur premis itu.

Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur, Wan Mohamad Shahrir Azizi Wan Said berkata, insiden berlaku pada pukul 11.44 pagi Rabu.

"Kami menerima panggilan kecemasan dan menggerakkan empat jentera, water tanker dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) ke lokasi kejadian, membabitkan 44 anggota," katanya.

Balai bomba Pantai, Seputeh, Jalan Hang Tuah and Sri Hartamas terlibat dalam operasi itu.

Wan Mohamad Shahrir Aziz, pihaknya menjumpai seorang pekerja asing berusia 45 tahun yang melecur 80 peratus.

Menurutnya, mangsa dikejarkan ke hospital di Hospital Kuala Lumpur untuk menerima rawatan.

"Tiada mangsa lain yang cedera," katanya sambil menambah kebakaran dipercayai bermula di dapur, dan kebakaran memusnahkan 70 peratus bahagian premis itu.

Pihak bomba berjaya mengawal kebakaran daripada merebak ke rumah pencawang milik Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang terletak bersebelahan restoran itu.

Beliau berkata, kebakaran dapat dikawal pada pukul 12.40 tengah hari dan punca kejadian masih dalam siasatan. - The Star

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain