suria

Tolak kekasih dari tingkat 23 kondo, pemandu lori berdepan tali gantung

Nathan didakwa di Mahkamah Majistret Shah Alam pada Jumaat.

PEMANDU lori yang didapati menolak jatuh kekasihnya dari aras 23 sebuah kondominium di Setia Alam, Selangor pada bulan lalu, berdepan hukuman mati.

Menerusi perbicaraan di Mahkamah Majistret Shah Alam pada Jumaat, V Nathan, 37, mengangguk tanda faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Sasha Diana Sabtu.

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki didakwa tolak kekasih dari tingkat 23, penghuni dengar pergaduhan sebelum bunyi mangsa terhempas di lantai

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh.

Nathan didakwa membunuh seorang wanita warga Thailand, Mawika Laumyai, 32, kira-kira pukul 10.02 malam pada 28 Februari lalu.

Dia dakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara tidak melebihi 40 tahun dan jika tidak dikenakan hukuman mati boleh dikenakan 12 sebatan jika disabitkan kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurul Farah Sofea Norazman dan tertuduh diwakili Peguam P. Aravind Raj, manakala sebutan semula kes ditetapkan pada 7 Jun depan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain