suria

Bimbang kes menjadi sensasi, Safee Sali larang media buat liputan di mahkamah

Menurut peguam, Safee mengarahkan agar pihak media tidak membuat liputan perbicaraan mahkamah dia dan isterinya.

BIMBANG kisah perceraiannya menjadi sensasi, bekas pemain bola sepak kebangsaan Safee Sali memberi arahan kepada pihak media agar tidak membuat liputan berhubung perbicaraan mahkamah antara dia dan bekas isterinya Fitria Elfina Maharip.

Menerusi surat tuntutan yang dihantar kepada pihak media, pada 6.30 pagi Rabu, peguam mewakili Safee iaitu Syazwan Mohd Jafri memaklumkan anak guamnya diarahkan hadir ke Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam pada Rabu namun meminta agar media menghormati privasi mereka.

Dalam surat itu turut dinyatakan bahawa isu perceraian bintang bola sepak itu dengan bekas isterinya serta isu tuntutan hak penjagaan anak-anak adalah hal peribadi yang tidak perlu diambil tahu mana-mana pihak.

Malah dakwanya kes berkenaan sedang disensasikan oleh pihak media serta di laman-laman media sosial yang sekali gus mengakibatkan reputasi buruk terhadap Safee.

2616147

Safee dan isterinya bercerai dengan talak dua pada 26 Mac lalu.

"Justeru, kami telah diarahkan oleh anak guam kami untuk menyatakan bahawa anak guam kami menuntut kepada pihak kamu selaku pihak media agar tidak menghadirkan diri ke mahkamah dan juga untuk tidak menganggu proses mahkamah yang sedang berlangsung dengan melaporkan berita-berita spekulasi, sekali gus menghormati privasi anak guam kami dalam isu peribadi ini," ujarnya.

Menerusi surat sama, peguam berkenaan turut memaklumkan bahawa Safee turut mengarahkan agar pihak media tidak menerbitkan sebarang berita, artikel atau video berkenaan apa-apa yang berlaku pada tarikh tersebut dan tindakan tegas bakal diambil ke atas mana-mana media yang melanggar permintaan berkenaan.

Antara media yang dilarang untuk menghadiri prosiding itu termasuklah mStar, Utusan TV dan Mingguan Wanita.

Dalam pada itu di sebalik larangan yang dikeluarkan oleh Safee menerusi peguamnya, bekas isterinya pula dilihat mengalu-alukan kehadiran pihak media untuk membuat liputan berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Safee Sali dakwa bekas isteri buat kecoh ceroboh kondo guna kad akses hilang... Ada sebab tak boleh jumpa anak

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Bekas isteri ke kondominium gagal jumpa 2 anak tapi terserempak Safee Sali bersama bini baharu - “Saya merayu, mereka buat tak tahu”

Menerusi mesej yang dihantar, Fitria menjemput petugas media untuk menghadiri sidang media khas yang dilakukan di Mahkamah Tinggi Shah Alam sejurus selesai sebutan kes berkenaan pada Rabu.

"Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya Fitria Elfina Maharip (Sasha) dengan rendah hati ingin menjemput rakan-rakan media ke sidang media khas berkenaan Tuntutan Hadhanah Interim saya terhadap bekas suami Mohd Safee Mohd Sali," tulisnya.

WhatsApp Image 2024-04-03 at 1.07.05 PM

Tangkap layar yang dihantar oleh Fitria kepada pihak media.

Fitria turut menyertakan butiran lengkap seperti tarikh, masa, lokasi serta nombor telefon untuk memudahkan urusan petugas media dalam membuat liputan kes berkenaan.

Pada 26 Mac lalu, Safee dan Fitria sah bercerai talak dua di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor.

Sebelum ini juga kecoh apabila Fitria mendakwa Safee membawa lari anak-anak dan dia tidak dibenarkan berjumpa mereka.

Untuk rekod, Safee dan Fitria berkahwin pada 21 Disember 2013 dan dikurniakan dua orang cahaya mata perempuan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain