suria

Nahas tujuh kenderaan libatkan 38 mangsa, seorang pemandu maut

Kenderaan yang terbabit dalam nahas pada petang Jumaat.

SEORANG pemandu kenderaan pacuan empat roda maut dalam nahas tujuh kenderaan di Kilometer 452.6, Lebuh Raya Utara Selatan, Rawang, Selangor pada petang Jumaat.

Menurut Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman, insiden meragut nyawa itu membabitkan sebuah bas ekspres dan lima kereta lain kira-kira pukul 11.45 malam.

Katanya, siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berpunca daripada sebuah kereta yang hilang kawalan terbabas di lorong kanan sebelum dilanggar oleh kenderaan lain.

Sementara itu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor mengesahkan jumlah mangsa terlibat adalah seramai 38 orang.

“Seorang lelaki tempatan maut, dua cedera parah, enam cedera ringan dan 29 lagi tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Kesemua mangsa yang tercedera dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh untuk mendapatkan rawatan lanjut.

“Sementara itu, mangsa yang maut (pemandu pacuan empat roda) diserahkan kepada polis,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Tambahnya, seramai 11 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Rawang bersama jentera terlibat dalam operasi menyelamat yang tamat sepenuhnya pada pukul 1.15 pagi tadi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain