SUSPEK insiden tembakan di balai ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 ditahan reman selama tujuh hari. Mahkamah Majistret Kota Bharu, Kelantan pada selasa membenarkan suspek direman tujuh hari sehingga Isnin, 22 April. Perintah itu dikeluarkan oleh Hakim Tuan Rais Imran Hamid bagi membolehkan siasatan dijalankan ke atas suspek. Kira-kira 8.30 pagi Selasa, suspek yang berpakaian lokap berwarna ungu dibawa ke Kompleks Mahkamah Kota Bharu dengan diiring ketat anggota polis. Untuk rekod, suspek melepaskan tembakan ke arah isterinya Farah Md Isa atau Farah Cie di balai ketibaan KLIA 1 Ahad lalu. Suspek membakar beberapa mercun sebelum melepaskan tembakan ke arah isterinya yang juga pemilik agensi pelancongan dari jarak dekat. Pengawal peribadi wanita itu berjaya menyelamatkannya tetapi terkena tembakan di perut. Suspek kemudian melarikan diri ke keretanya, yang diletakkan di Blok C tempat letak kereta lapangan terbang. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube