suria

“Saya sayang Farah” - Suspek kes tembak KLIA masih cintakan isteri

Hafizul akui masih menyayangi isterinya, Farah Cie.

SUSPEK insiden tembakan di balai ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 berkata dia masih menyayangi isterinya.

"Assalamualaikum, Saya masih menyayangi isteri saya, Farah Md Isa, terima kasih," ujar Hafizul Hawari ketika tiba di Kelantan pada Isnin.

Hafizul, 38, dibawa ke Mahkamah Majistret Kota Bharu untuk permohonan sambung reman.

Dia tiba kira-kira pukul 8.35 pagi dengan kawalan ketat anggota polis.

Pada 16 April, mStar melaporkan Mahkamah Majistret memerintahkan tahanan reman tujuh hari ke atas Hafizul sehingga Isnin, 22 April.

Dia direman bagi membantu siasatan kes berkenaan mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971.

Untuk rekod, suspek melepaskan tembakan ke arah isterinya Farah Md Isa atau Farah Cie di balai ketibaan KLIA 1 pada 14 Februari lalu.

Bagaimanapun, satu tembakan itu tersasar, manakala satu lagi tembakan mengenai pengawal peribadi isterinya yang berada di lokasi kejadian.

Suspek kemudian melarikan diri sebelum berjaya ditahan polis di hadapan Hospital Pakar Perdana, Kota Bharu pada pukul 15 Februari.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain