suria

Pramugari MAS meninggal dunia ketika bertugas di Tokyo

Pramugari Malaysia Airlines meninggal dunia ketika bertugas di Tokyo.

SEORANG pramugari syarikat penerbangan (Malaysia Airlines) disahkan meninggal dunia ketika transit di Tokyo, Jepun.

Malaysia Airlines dalam satu kenyataan berkata, kru kabinnya itu dikenali sebagai Norzana Hanim Hamzah.

Norzana dikatakan sedang bertugas di Lapangan Terbang Antarabangsa Narita, Tokyo dan dijadualkan mengendalikan penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.

ARTIKEL BERKAITAN: “Tutup sudah cerita suka duka kau” - Rakan terbayang senyuman arwah pramugari MAS, anggap wanita paling sabar

"Syarikat penerbangan sudah berhubung dengan keluarga Norzana dan akan memberikan sokongan kepada mereka dalam masa yang sukar ini.

"Doa kami bersama keluarga dan rakan-rakan Norzana," kata Malaysia Airlines menerusi kenyataan yang dikeluarkan.

Terdahulu, laman Facebook yang didedikasikan untuk kru kabin di seluruh negara memaklumkan Norzana meninggal dunia sebelum tiba di Malaysia.

"Punca kematian masih belum dapat dipastikan, tetapi laporan yang belum disahkan daripada komuniti kru Malaysia Airlines mendakwa dia mungkin terjatuh ketika bersiap untuk penerbangan pulang," menurut hantaran berkenaan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain