suria

Saksi beritahu Ebit Lew buat video call dalam keadaan tidak berbaju

Saksi kesembilan membuat pendakwaan berhubung kes Ebit Lew.

SEORANG saksi memberitahu Mahkamah Majistret di Tenom bahawa Ebit Lew, pernah membuat panggilan video kepadanya dalam keadaan tidak berbaju.

Wanita berusia 40-an itu berkata, itu kali pertama pendakwah itu membuat panggilan video kepadanya selepas hampir tiga minggu berkomunikasi menerusi mesej di WhatsApp dan panggilan telefon.

Dia yang juga pengadu dan saksi kesembilan pendakwaan kes berkata demikian semasa pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Zahida Zakaria pada perbicaraan kes gangguan seksual pendakwah tersebut.

Saksi sebelum itu memberitahu mahkamah bahawa Ebit Lew telah menghantar mesej dan menghubunginya sehari selepas dia memberikan nombor telefonnya menerusi Instagram pada 3 Mac 2021.

Semasa panggilan empat minit 51 saat itu, dia mengenali suara Ebit Lew daripada siaran media sosial, ceramah dan siaran langsungnya.

Sejak itu sehingga 29 Mac 2021, Ebit Lew sering menghantar mesej di WhatsApp selain membuat panggilan telefon kepadanya dan semakin berani menulis perkara berkaitan seksual.

ARTIKEL BERKAITAN: “Berdosa pada suami” - Saksi kesal hantar gambar kepada Ebit Lew

ARTIKEL BERKAITAN: Ada 90 gambar, 3 video berunsur lucah dalam telefon Ebit Lew... 17 foto kemaluan lelaki juga ditemui

Saksi berkata pada pukul 11.35 pagi pada 22 Mac 2021, Ebit Lew mahu melakukan panggilan video kepadanya namun wanita itu bertindak mematikannya.

"Dia terus buat panggilan video call, saya terus off. Dalam teks (Whatsapp) itu dia tanya kenapa off (telefon), 'tak aci'.

"Seingat saya masa itulah dia (Ebit Lew) buat panggilan video call dalam keadaan tidak berbaju," katanya.

Pada prosiding Isnin, pendakwaan juga mengemukakan kepada mahkamah Digital Forensic Case Report oleh Cyber Security Malaysia yang mengandungi mesej perbualan antara saksi dan Ebit Lew.

Ebit Lew, 38, atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim Lew menghadapi 11 pertuduhan, termasuk mengaibkan saksi dengan menghantar kata-kata dan gambar lucah kepada wanita itu di Whatsapp dari Mac hingga Jun 2021.

Pertuduhan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan itu membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Perbicaraan bersambung pada Selasa.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain