suria

Kecoh didakwa kes pukau, lelaki putih mata wang RM2,000 lesap

Suspek dikesan menerusi rakaman CCTV. -Gambar polis

SEORANG lelaki berusia 40an kehilangan wang tunai RM2,000 selepas didakwa menjadi mangsa pukau di sebuah kedai di Jalan Langsat, Kluang.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, kejadian berlaku pada pukul 4.30 petang Ahad selepas seorang lelaki tidak dikenali memasuki premis.

"Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV), suspek dilihat memakai topi warna hitam, pelitup muka, beg silang warna hitam, seluar pendek dan baju T-shirt warna coklat telah masuk ke dalam kedai.

"Mangsa kemudian membuat laporan polis selepas menyedari kehilangan wang di dalam kedainya," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Menurut Bahrin, siasatan berhubung kejadian sedang dijalankan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri.

"Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang menerusi talian 07-7784222, 07-7766822 dan 014-3656822," katanya.

Terdahulu, video berdurasi 10 saat yang dimuat naik di laman Facebook tular, menunjukkan seorang lelaki memakai baju hitam menerima daripada seorang lelaki.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain