suria

9 rakyat Malaysia dalam pesawat Singapore Airlines cedera, dirawat di 2 hospital di Bangkok

Mangsa dikejarkan ke hospital di Bangkok untuk mendapatkan rawatan. Foto- media sosial

SEMBILAN rakyat Malaysia cedera dan dirawat di dua buah hospital di Bangkok, Thailand selepas pesawat Singapore Airlines yang dinaiki melakukan pendaratan cemas di Lapangan Terbang Suvarnabhumi.

Maklumat ini dikeluarkan oleh Kementerian Luar Negeri (Wisma Putra) melalui Kedutaan Besar di Bangkok.

"Enam daripada mereka sedang menerima rawatan di Hospital Samitivej Srinakarin sementara tiga orang lagi dirawat di Hospital Samitivej Sukhumvit," kata Wisma Putra dalam satu kenyataan.

Tambah Wisma Putra, pihak hospital memaklumkan semua mangsa rakyat Malaysia yang terlibat mengalami kecederaan fizikal dan dalaman.

Manakala, seorang rakyat Malaysia mengalami kecederaan kritikal tetapi dalam keadaan stabil.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar Malaysia kongsi detik cemas dalam pesawat Singapore Airlines, pakai ‘seatbelt’ ketika gegaran awal

ARTIKEL BERKAITAN: Penumpang umur 73 tahun maut dalam penerbangan Singapore Airlines, tercampak akibat gelora udara

Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular boleh menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Bangkok untuk tindakan selanjutnya.

Dalam kejadian itu juga, Wisma Putra turut mengesahkan 16 penumpang pesawat SIA merupakan warga negara Malaysia termasuk seorang anak kapal.

Seorang penumpang warga Britain meninggal dunia selepas pesawat SIA SQ321 mengalami kejadian gelora udara ketika dalam perjalanan dari Lapangan Terbang Heathrow di London ke Lapangan Terbang Antarabangsa Changi di Singapura.

Penumpang yang meninggal dunia bersama yang cedera dibawa ke hospital dengan beberapa mangsa menjalani pembedahan pada malam Selasa.

Enam cedera parah, 39 separa kritikal dan 26 lagi cedera ringan, menurut hospital.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain