KABINET bersetuju untuk memperkenalkan penyasaran subsidi bahan api diesel, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Anwar berkata penyasaran ini akan dimulakan di Semenanjung Malaysia terlebih dahulu sebelum diperkenalkan ke Sabah dan Sarawak. "Hampir semua keluarga di Sabah dan Sarawak menggunakan diesel untuk pengangkutan setiap hari. "Jadi, kita akan tangguhkan penyasaran subsidi ini di sana," katanya dalam Perutusan Negara yang disiarkan secara langsung menerusi pelbagai platform pada Selasa malam. Bagi mengelakkan sebarang kenaikan drastik dalam kos barangan dan perkhidmatan, Anwar juga berkata subsidi diesel akan diberikan kepada para peniaga. Ini melibatkan 10 kenderaan pengangkutan awam dan 23 kenderaan pengangkutan barang. "Kebajikan rakyat akan terus terpelihara bagi menangani kos sara hidup. Kerajaan bersetuju menyediakan bantuan tunai kepada pemilik individu kenderaan diesel yang layak termasuk petani kecil, pesawah dan peniaga kecil. Bantuan tunai ini pastinya tidak memanfaatkan golongan T20. "Dengan usaha penyasaran subsidi diesel ini, jumlah penjimatan kepada kerajaan adalah dijangka (secara kasar) sekitar RM4 bilion setahun," ujarnya lagi. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube