NASIB seorang ibu bersama dua anak kecil yang tumpang berteduh di stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Setiawangsa, Kuala Lumpur akhirnya diketahui. Menurut seorang penduduk setempat dikenali sebagai Aina (bukan nama sebenar), dia bergegas ke stesen LRT berkenaan ketika kisah tiga beranak itu mula tular di media sosial. Aina menjelaskan, pada masa itu wanita berkenaan yang dikenalinya sebagai Fizah sedang merancang untuk pulang ke rumah ibu kandungnya di Kedah, meninggalkan suami bersama tiga lagi anak di kediamannya di Datuk Keramat, Kuala Lumpur. Anak bongsu Fizah yang berusia 42 hari ketika ditemui di stesen LRT. "Selepas kejadian tu, saya terus-menerus berhubung dengan Fizah untuk tahu khabarnya. Alhamdulillah, Fizah berserta dua anaknya yang berumur 7 tahun dan 2 bulan selamat sampai ke Kedah pada malam Sabtu, 18 Mei. "Dia berteduh di stesen LRT tu sebab tak cukup duit untuk meneruskan perjalanan ke Terminal Bersepadu Selatan (TBS). Alhmdulillah saya dan beberapa individu lain yang prihatin sempat menghulurkan wang untuk membantunya. "Fizah beritahu saya yang rumah tangganya memang sedang bergolak. Dia sebelum ni sudah tinggal berasingan (di Kedah) dengan suami kerana mendakwa sering didera secara mental dan fizikal oleh mak mentua. Tapi beberapa bulan lalu, suaminya datang memujuk. ARTIKEL BERKAITAN: Sayu ibu, 2 anak termasuk bayi baru lahir berteduh di stesen LRT... Dakwa dihalau suami dan mentua, tangan penuh kesan luka ARTIKEL BERKAITAN: Isteri panas baran, silap sikit terus naik tangan! Suami akhirnya buka mata, ‘angkat kaki’ lepas 10 tahun didera "Fizah lembut hati dan kembali tinggal sebumbung dengan suaminya. Namun sekali lagi Fizah mendakwa dia didera sampai hampir hilang akal, akhirnya Fizah putuskan untuk terus keluar rumah," jelas Aina ketika dihubungi mStar. Aina berkata, dia difahamkan, Fizah kini sedang dalam proses untuk menuntut penceraian dan akan terus menetap di rumah ibunya demi kehidupan yang lebih tenang. "Sedih saya dengar, Fizah juga dakwa yang dia sering diherdik, dicaci dan dipukul oleh mak mentuanya. Pergaduhan dengan suami pun sudah jadi rutin, susah nak cari jalan penyelesaian dalam situasi begini," ujar Aina yang berusia 38 tahun. Saya cuma doakan urusan kedua-dua belah pihak dipermudahkan dan nasib anak-anak mereka terbela. AINA Pada hari kejadian, Aina juga sempat berjumpa dengan mak mentua Fizah yang turut berada di stesen LRT Setiawangsa ketika dia tiba di situ. "Suami Fizah pun ada sekali, dia rupanya merana penyakit diabetes sehingga kakinya terpaksa dipotong, dia guna kaki palsu sekarang. Suami Fizah yang berumur 41 tahun tidak mempunyai pekerjaan setakat ni. "Saya pun ada berbual dengan mak mentua Fizah untuk tahu apa yang sebenarnya berlaku. Dakwanya Fizah juga tidak mempunyai pekerjaan. Dia hanya mengharapkan duit pencen daripada mak mentua untuk menyara keluarga. "Selain itu Fizah juga didakwa sering pergi ke masjid-masjid untuk meraih belas kasihan dan derma. Katanya lagi, dia tiada usaha untuk mencari kerja yang stabil dan tetap sedangkan dia ibu kepada lima anak. Anak sulung Fizah. "Mengenai penderaan fizikal sehingga menyebabkan kecederaan, mak mentua Fizah menafikan perkara itu sekeras-kerasnya dan bertegas itu satu fitnah," kata Aina yang memmpunyai perniagaan berkaitan makanan di Setapak, Kuala Lumpur. Aina berkata ketika berjumpa dengan Fizah dia tidak sempat untuk memeriksa sama ada kecederaan yang dialami Fizah itu tulen ataupun sebaliknya. "Saya tidaklah nak pergi tenung luka di badan Fizah tu untuk tentukan sama ada dibuat-dibuat ataupun betul cedera. Ada banyak persepektif dalam hal ini. "Saya cuma doakan urusan kedua-dua belah pihak dipermudahkan dan nasib anak-anak mereka terbela," kata Aina menutup bicara. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube