SEBUAH papan iklan gergasi terbakar di Lebuhraya Persekutuan di Petaling Jaya, pada Jumaat.
Insiden yang berlaku berdekatan dengan Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) pada tengah menyaksikan kepulan asap tebal.
Pasukan bomba dilihat berada di lokasi kejadian dan memadam kebakaran.
Sebuah ambulans turut dilihat bergegas ke lokasi kejadian.
Setakat ini tidak dipastikan sama ada terdapat mangsa dalam kejadian itu. -The Star
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube