REZEKI tak pernah salah alamat. Tidak pernah sekali pun terlintas di benak fikiran jejaka kelahiran Miri, Sarawak ini untuk dia menceburkan diri dalam dunia penerbangan. Namun siapa sangka, bekas jurujual dan pemandu lori kurier, Adam Mukhriz Ninggang kini sudah sembilan bulan bertugas sebagai kru kabin bagi syarikat penerbangan AirAsia. Kenangan semasa Adam bekerja sebagai jurujual dan pemandu lori penghantaran. Bercakap kepada mStar, dia yang senang disapa Adam sempat mengimbas perjalanan hidupnya yang penuh dengan kejutan. "Selepas tamat persekolahan, saya sambung diploma di Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi) dalam bidang Sains Sukan. Saya tamat belajar pada tahun 2021. "Namun ketika itu kita berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kerana pandemik Covid-19. Jadi semua tergendala. Jadi saya bekerja sebagai jurujual di pasaraya. Saya rasa sama saja. Bezanya dulu di darat, sekarang di awan biru. ADAM MUKHRIZ NINGGANG "Kemudian, saya bekerja dengan syarikat kurier sebagai pekerja penghantaran. Saya ditugaskan untuk memandu lori bagi menghantar barang-barang pelanggan selama dua tahun," kata Adam yang ditemu bual sempena Hari Kru Kabin Antarabangsa yang diraikan pada Jumaat Dalam kesibukan tugasnya dengan syarikat penghantaran itu, Adam, 24, turut mencuba peluang lain untuk melebarkan sayapnya ke bidang yang berbeza. Dia kemudiannya bergelar model secara sambilan sehinggalah 'terjebak' menghadiri temu duga kru kabin AirAsia meskipun tidak meletakkan sebarang harapan pada waktu itu. ARTIKEL BERKAITAN: Birthday girl pertama kali naik flight terkedu kru kabin buat pengumuman, panggil ke depan! Rupanya kawan punya ‘kerja‘ ARTIKEL BERKAITAN: Bos AirAsia cari di TikTok! Pelayan hotel dilamar jadi kru kabin gara-gara layanan ‘tiptop’, tiada SPM pun tak mengapa "Sebelum masuk AirAsia, saya jadi model secara sambilan. Kemudian saya dapat tahu tentang temu duga AirAsia. Saya tak pernah terfikir nak jadi kru kabin. Ketika itu, saya hanya ikut kawan. "Saya pun tak berapa yakin kerana calon-calon lain kelihatan lebih hebat. Manakala saya pula sekadar pemandu lori penghantaran. Sekadar cuba-cuba, tapi tak sangka rezeki berpihak kepada saya. "Pada waktu itu, keluarga juga tumpang bangga. Cuma emak sedikit risau sebab kerjaya di awan biru. Tapi mereka memang gembira sebab saya yang pertama dalam keluarga dapat menceburi bidang ini," ceritanya lagi. Adam bersyukur diberi peluang untuk berkhidmat di awan biru. Menurut anak ketiga daripada lima beradik itu, dia bersyukur diberi peluang untuk bekerja sebagai kru kabin yang dianggap sebagai titik perubahan besar dalam kehidupannya. "Alhamdulillah, dah sembilan bulan saya jadi kru kabin. Paling seronok tentulah pendapatan yang diterima lebih baik berbanding kerjaya sebelum ini. "Masa kerja sebagai pemandu dulu, saya kena berkomunikasi dengan pelanggan setiap kali hantar barang. Sekarang, kerja ini juga memerlukan saya berkomunikasi dengan penumpang. Saya rasa sama saja. Bezanya dulu di darat, sekarang di awan biru. Adam juga pernah bergelar model. "Kerjaya sebagai kru kabin juga membawa saya ke destinasi yang tidak pernah saya jejaki. Sejak bergelar kru kabin, saya dah sampai ke India, China, Vietnam dan banyak lagi," ujar jejaka berketinggian 182 sentimeter itu. Menurut Adam, bapanya adalah anggota Bomba, manakala ibunya merupakan seorang suri rumah. Meskipun memulakan alam pekerjaan sebagai jurujual dan pemandu lori, Adam berkata setiap insan di dunia ini berhak untuk menggapai impian sekiranya mereka bekerja keras dan tidak pernah putus asa. Adam sudah sembilan bulan berkhidmat sebagai kru kabin. "Kepada mereka yang kurang keyakinan diri, anda kena kuat untuk kejar cita-cita. Saya dulu turut rasai benda sama. Saya cuma pemandu lori yang hantar barang, layakkah saya untuk kerja impian? "Tapi saya cuba dan berusaha, kalau ada rezeki, ia pasti akan hadir pada masa yang tepat. Paling penting, anda kena jadi diri sendiri," ujar Adam mengakhiri bicara. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube