suria

9 pekerja asing diselamatkan dari kebakaran papan iklan gergasi

Kepulan asap tebal dalam kejadian kebakaran sebuah papan iklan gergasi.

SEMBILAN pekerja asing berjaya diselamatkan dalam kebakaran papan iklan gergasi di Lebuhraya Persekutuan.

Kebakaran berlaku berhampiran Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), pada tengah hari Jumaat.

Menurut salah seorang mangsa, kejadian dipercayai berlaku akibat litar pintas sebelum api merebak ke bahagian atas.

ARTIKEL BERKAITAN: Papan iklan gergasi terbakar di Lebuhraya Persekutuan

Daripada sembilan mangsa, seorang mengalami kecederaan lengan manakala seorang lagi melecur ringan.

Pasukan paramedik turut dilihat berada di tempat kejadian untuk membantu merawat mangsa.

Pihak bomba masih dalam usaha memadamkan kebakaran. - The Star

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain