suria

Bertugas di KL, anggota polis umur 25 tahun ditemukan mati dalam tandas R&R di Nilai

Mayat anggota berkenaan dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban untuk bedah siasat. -Gambar hiasan

APABILA seseorang sudah tiba ajalnya, maka tidak dapat lagi diundurkan atau dipercepatkan walaupun sesaat.

Begitulah juga yang berlaku ke atas seorang anggota polis yang ditemukan mati di dalam sebuah tandas hentian rehat dan rawat (R&R) lebuh raya di Nilai, Negeri Sembilan pada Khamis.

Menurut Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Abdul Malik Hasim, kes kematian anggota berusia 25 tahun itu di diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

"Hasil siasatan awal mendapati anggota polis berusia 25 tahun dan sudah berkahwin dijumpai mati di dalam tandas.

ARTIKEL BERKAITAN: Anggota polis ditemui mati dipukul di Balakong

"Mangsa adalah anggota polis yang bertugas di Kuala Lumpur. Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut," ujarnya dalam satu kenyataan.

Polis bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan daripada orang awam pada pukul 5.45 petang.

Mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Bahagian Forensik Hospital Tuanku Jaafar Seremban untuk bedah siasat.

Polis turut meminta orang rami agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan kes berkenaan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain