SEHARI sebelum umat Islam di Malaysia meraikan Hari Raya Aidiladha, warga maya kecoh apabila tular video dua ekor lembu berlari di Lebuhraya Damansara Puchong (LDP). Menerusi perkongsian di Facebook pada pagi Ahad, kelihatan dua ekor lembu sedang lari menonong secara melawan arus di atas jalan raya. Beberapa pengguna jalan raya turut memperlahankan dan memberhentikan kenderaan mereka ketika dihampiri haiwan berkenaan. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) Video yang tular dirakam dari jarak jauh oleh seorang individu yang berada di sebuah pusat beli-belah di sebarang jalan berkenaan. "Kepada mana-mana masjid area Kelana Jaya, ada lembu dua ekor terlepas di LDP sekarang. Di SS4 menuju ke church," tulis Hyzal Malakoff. Satu lagi video tular dirakam oleh seorang individu yang berada di dalam sebuah kereta. "Jarang-jarang ada lembu atas LDP ni. Lembu siapa terlepas? Jenuhlah nak menjawab," tulis pemilik video itu. Dia kedengaran ketawa terbahak-bahak di dalam kereta ketika menyaksikan kejadian itu. Rata-rata netizen turut meluahkan rasa terhibur dan turut berjenaka tentang kejadian itu. "Lari daripada kena korban la. Esok dah raya haji. "Ingatkan kesesakan lalu lintas sebab apa. Rupanya ada lembu. "Lembu balik nak raya tu," tulis beberapa netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube