SEBUT tentang Melaka, pasti ramai yang terbayang akan tarikan-tarikan sejarah di negeri itu. Sempena Tahun Melawat Melaka 2024, orang ramai tidak melepaskan peluang untuk menyertai Melaka International Marathon 2024 yang akan berlangsung pada 22 hingga 25 Ogos depan. Edisi kedua penganjuran acara ini dijangka menerima penyertaan 5,000 peserta dari dalam dan luar negara. Malah setakat ini, peserta daripada 28 negara telah mendaftarkan diri untuk menyertai Melaka International Marathon 2024. Larian akan bermula di Dataran Sejarah, Ayer Keroh dan ditamatkan di lokasi sama. Acara ini memberi peluang kepada peserta untuk menjalani gaya hidup sihat sambil menerokai tarikan sejarah di Melaka. Acara penyampaian hadiah pula bakal disempurnakan oleh Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusof. Menurut penganjur, acara ini bukan sahaja mengajak orang ramai untuk menjalani gaya hidup sihat, malah memberi peluang untuk mereka bersukan sambil menelusuri tarikan sejarah di Melaka. "Penganjur yakin telah tiba masanya untuk memperkenalkan negeri Melaka di dunia sukan sebagai destinasi acara larian. "Negeri Melaka sangat kaya dengan budaya dan sejarah dipilih sebagai destinasi acara marathon antarabangsa. "Perlumbaan ini akan membawa pelari melalui tempat-tempat bersejarah dan ikonik yang memperkenalkan melaka sebagai Tapak Warisan Dunia," ujar penganjur dalam satu kenyataan kepada mStar. Acara ini di anjurkan bersama oleh Jojo Events, MMTF Consultant dan Blitz One. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube