DALAM era apabila kelestarian alam sekitar menjadi keutamaan, inisiatif memperkasakan belia untuk memelihara alam kita menjadi kian penting. Syarikat pembetungan nasional, Indah Water Konsortium (IWK) Sdn Bhd, memahami keperluan mendesak ini dan mengambil langkah memupuk generasi muda melalui program Perantis IWK. Sempena menyambut ulang tahun syarikat ke-30 bersama komitmen dalam memperkasakan belia, IWK memperkenalkan program Perantis IWK, khusus untuk pelajar sarjana muda dan siswazah tahun akhir yang berminat dengan kelestarian alam sekitar dan pembangunan insaniah. Inisiatif ini bukan sahaja menawarkan pengalaman pembelajaran yang unik tentang kelestarian alam tetapi juga berfungsi sebagai satu platform untuk membina kemahiran komunikasi, memupuk keupayaan memimpin dan mencipta kempen media sosial, yang menjadi salah satu komponen penting dalam bidang profesional masa kini. Bagi menjayakan program ini, IWK menjalin kerjasama dengan NK Communications, iaitu syarikat latihan dan pembangunan komunikasi, yang diketuai oleh selebriti Natalie Kniese. Kepakaran Natalie sebagai usahawan, jurulatih, juruhebah radio dan hos TV dapat menyumbang kepakaran kepada program ini di samping membantu anak muda mengetengahkan kebolehan unik mereka dan berkomunikasi dengan berkesan. Para peserta program Perantis IWK akan melibatkan diri dalam kurikulum yang menggabungkan aspek pengetahuan teori dan pengalaman praktikal. Selain latihan kemahiran insaniah yang komprehensif, program ini turut dikendalikan golongan profesional berpengalaman, yang akan dijalankan di fasiliti IWK. Di akhir program, peserta akan menjalani penilaian oleh panel yang terdiri daripada jurulatih dan wakil dari IWK. Mereka akan bersaing bagi merebut tiga peluang untuk memenangi hadiah wang tunai bernilai RM1,000 setiap seorang, serta peluang pekerjaan atau latihan industri di IWK. Program Perantis IWK merupakan cabang inspirasi daripada inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) IWK, yang digelar IWK Cares. Ia bertumpu kepada tiga tonggak utama, iaitu alam sekitar, komuniti dan pendidikan. Melalui penglibatan aktif dengan komuniti dan pihak berkepentingan, IWK berharap ia dapat memberi impak positif kepada pembangunan masyarakat. Bagi anak muda yang ingin mengembangkan kebolehan dalam bidang kemampanan dan pembangunan peribadi, mereka dialu-alukan untuk menyertai program ini yang dijalankan secara percuma! Bagaimana untuk menyertai: Isi borang permohonan secara dalam talian sebelum 20 Jun 2024 melalui pautan ini https://forms.gle/Q94uGNZHCV7zmebi6. Peserta terpilih akan dimaklumkan melalui e-mel. Butiran tarikh: > Tempoh permohonan: Sekarang sehingga 20 Jun 2024 > Tarikh mula program: 13 Julai 2024 > Pengumuman pemenang: 21 Julai 2024 Kriteria: > Berumur 18 tahun ke atas > Mempunyai ijazah sarjana muda atau transkrip semester akhir > Boleh berkomunikasi dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris > Warganegara Malaysia atau pemegang Pemastautin Tetap > Boleh menghadiri program latihan pada tarikh di bawah: * 13 Julai 2024 * 14 Julai 2024 * 15 Julai 2024 * 20 Julai 2024 * 21 Julai 2024 Untuk sebarang pertanyaan lanjut, boleh hubungi kami di [email protected] Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube