POLIS membuka kertas siasatan berikutan kes video tular seorang suami memukul isterinya selepas lelaki itu dipercayai 'kantoi' curang dalam kejadian di sebuah hotel di Port Dickson, Negeri Sembilan. Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed, berkata pada pukul 3 petang Rabu, pihaknya mendapat maklumat mengenai video tular berdurasi 31 saat di media sosial memaparkan pasangan berusia 37 dan 38 tahun bergaduh di sebuah hotel. "Siasatan mendapati kejadian berlaku pada 24 Mei lalu pukul 9.50 pagi di sebuah Hotel di Port Dickson dan pergaduhan itu membabitkan sepasang suami isteri. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) "Punca kejadian dipercayai suaminya telah berlaku curang dan tidur di sebuah hotel," katanya dalam kenyataan pada Khamis. Susulan pergaduhan itu, mangsa seorang perempuan Melayu cedera di pipi dan sakit di beberapa anggota badan. Tambahnya lagi, mangsa sudah membuat laporan dan kes disiasat di bawah Seksyen 323/18A Akta Keganasan Rumahtangga. Isteri lelaki itu yang dikatakan baru habis berpantang pergi sendiri ke bilik suaminya di hotel itu sebelum terjadi pergaduhan. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube