suria

Lelaki Myanmar ketuk pintu pukul 3 pagi, konon ada berita kecemasan... Remaja perempuan terpedaya, terus dirogol dalam rumah!

Jenayah rogol boleh menyebabkan mangsa mengalami trauma. -Gambar hiasan

SEORANG warga Myanmar berusia 20 tahun ditahan kerana didakwa merogol seorang remaja Rohingya di sebuah rumah di Taman Tasik Permai, Ampang.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, suspek pergi ke rumah remaja perempuan berusia 14 tahun itu kira-kira pukul 3 pagi pada 25 Mei, dengan alasan memaklumkan bapanya tidak sihat.

“Dia didapati negatif dadah dan direman sehingga 28 Jun ini,” katanya pada Sabtu.

Suspek ditahan pada Jumaat bagi membantu siasatan, kata ACP Mohd Azam.

Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol, yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat jika sabit kesalahan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain