suria

Pengunjung terawal kedai Apple di TRX mula buat untung, jual semula barang percuma… ‘Tote bag’ ini cecah harga RM550!

Beg jinjing edisi khas Apple dijual pada harga mencecah RM550. Foto: X Xavier Naza & YouTube Fuzz Channel

PEMBUKAAN kedai fizikal Apple yang pertama di Malaysia, dikenali sebagai Apple The Exchange TRX pada Sabtu menerima sambutan luar biasa daripada rakyat negara ini.

Malah, segelintir individu mula beratur di pusat beli-belah, The Exchange TRX sejak malam Jumaat demi menghadiri pembukaan kedai fizikal itu.

Menurut penulis blog dan pengkritik Apple, Xavier Naxa, pengunjung terawal turut dihadiahkan dengan sebuah beg jinjing istimewa daripada Apple.

Tidak sampai 24 jam selepas pembukaannya, ada dalam kalangan pengunjung mula menjual semula beg jinjing itu pada harga tidak masuk akal di platform Carousell.

beg 2

Pengunjung terawal menerima hadiah edisi khas daripada Apple.

"Nampaknya segelintir pengunjung yang memperoleh beg jinjing (tote bag) sewaktu pembukaan Apple The Exchange TRX mula menjual kembali pada harga yang amat tinggi di platform Carousell," ciapnya.

Dia turut berkongsi tangkap layar yang mana beg jinjing edisi khas itu dijual pada harga mencecah RM550.

Beberapa individu turut menawarkan beg sama pada harga RM250 dan RM300.

Pencipta kandungan, Faiz Zainal turut berkongsi perkara sama menerusi laman X.

GQpahKyacAAUiFI

Faiz Zainal turut hadir pada acara pembukaan Apple The Exchange TRX.

"Tote Bag Apple Store TRX dah mula dijual dengan harga RM200 hingga RM300. Bag ni dapat percuma untuk pelanggan terawal yang dapat masuk hari pertama," kongsinya.

Rata-rata netizen turut menyelar tindakan pengunjung yang tergamak menjual semula beg tersebut pada harga tidak masuk akal.

"Beratur di Apple Store Malaysia di TRX, dapat tote bag percuma, kemudian jual di Carousell. Malaysia boleh!

"Peminat Apple sebenar pasti tak akan jual balik benda ni.

"Sebab inilah mereka jadi terpaling awal datang," komen seorang netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain