PASUKAN bomba menemukan pergelangan tangan manusia di lokasi kemalangan berhampiran Hospital Bahagia di Ulu Kinta, dekat Ipoh. Seorang jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 11.16 pagi Ahad, berhubung kebakaran sebuah kereta yang terlibat dalam kemalangan tiga kenderaan. "Kami menemui pergelangan tangan manusia yang putus di lokasi kejadian. "Bagaimanapun, tiada mangsa ditemui ketika pasukan bomba tiba di situ," katanya. Menurut jurucakap itu, salah satu daripada tiga kereta terbakar 95 peratus. Tambahnya lagi, pasukan bomba telah memadamkan kebakaran dan kes tersebut diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya. - The Star Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube