suria

Minggu Budaya Malaysia 2024 meriah di China! MOTAC martabat seni, budaya dan warisan

Kemeriahan Minggu Budaya Malaysia 2024 yang berlangsung sempena 8th China-Eurasia Expo.

MINGGU Budaya Malaysia 2024 yang dianjurkan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) melabuhkan tirainya pada 30 Jun lalu selepas berlangsung selama lima hari di Urumqi, Xinjiang di China.

Program yang diadakan sempena 8th China-Eurasia Expo itu menyaksikan Pavilion Malaysia mencuri tumpuan pengunjung apabila menjadi satu-satunya negara yang mengetengahkan kebudayaan dan pelancongan.

Berbanding negara-negara lain yang mengambil bahagian, kebanyakanya lebih menampilkan program berteraskan aktiviti perdagangan sahaja.

Seramai 1,900 pempamer dari 50 negara terlibat dalam ekspo yang berlangsung dari 26 hingga 30 Jun 2024 ini.

Pavilion Malaysia mencuri tumpuan pengunjung dengan mengetengahkan kebudayaan dan pelancongan.

Sepanjang penganjuran Minggu Budaya Malaysia, Pavilion Malaysia terserlah dengan keunikan reka bentuk berkonsepkan tanjak, songket dan pelbagai elemen kebudayaan.

Maka tidak hairanlah, ia berjaya menarik lebih 55,000 pengunjung.

Pelbagai aktiviti menarik disediakan bagi menonjolkan kekayaan dan keunikan budaya Malaysia, antaranya sesi interaktif melalui persembahan kebudayaan dan demonstrasi makanan warisan, teh tarik dan roti canai.

Demonstrasi Teh Tarik merupakan antara aktiviti menarik perhatian pengunjung.

Demonstrasi Teh Tarik merupakan antara aktiviti menarik perhatian pengunjung.

Turut menjadi tarikan utama pengunjung ke Pavilion Malaysia adalah promosi raja buah iaitu durian, yang didatangkan khas dari negara ini.

Sesi Business to Business (B2B) yang melibatkan Tourism Malaysia dan Islamic Tourism Centre (ITC) juga mendapat sambutan yang amat memberangsangkan.

Sementara itu, Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Khairul Firdaus Akbar Khan mewakili Menterinya, Datuk Seri Tiong King Sing diundang ke Majlis Makan Malam sempena pembukaan 8th China-Eurasia Expo.

Makanan warisan, roti canai diperkenalkan pada Minggu Budaya Malaysia 2024.

Makanan warisan, roti canai diperkenalkan pada Minggu Budaya Malaysia 2024.

Majlis makan malam tersebut dihoskan oleh Secretary of the Party Committee of the Xinjiang Uygur Autonomous Region, TYT Ma Xingrui dan Chairman of the Xinjiang People’s Government of the Autonomous Region, TYT Erkin Tuniyaz.

Khairul Firdaus turut menghadiri Majlis Perasmian 8th China-Eurasia Expo pada 26 Jun lalu, yang dihadiri oleh pemimpin-pemimpin tertinggi dari beberapa negara termasuk Kyrgyzstan, Uzbekistan, Tajikistan dan Kazakhstan.

Menariknya, Malaysia merupakan salah satu negara tetamu khas yang diberi slot intervensi semasa mesyuarat meja bulat yang dihadiri oleh pemimpin-pemimpin tertinggi beberapa negara termasuk China serta pertubuhan seperti Pengerusi Pusat Eropah-Asia China.

Khairul Firdaus berkata, Malaysia menekankan aspek kerjasama hubungan dua hala dengan China terutama dalam bidang kebudayaan dan pelancongan.

Khairul Firdaus berkata, Malaysia menekankan aspek kerjasama hubungan dua hala dengan China terutama dalam bidang kebudayaan dan pelancongan.

Menurut Khairul Firdaus, Malaysia menekankan aspek kerjasama hubungan dua hala dengan China terutama dalam bidang kebudayaan dan pelancongan, lebih-lebih lagi sempena sambutan hubungan diplomatik antara kedua-dua negara yang ke-50 pada tahun ini.

Dalam pada itu, TYT Ma Xingrui amat berbesar hati dan teruja dengan penganjuran Minggu Budaya Malaysia dan menyampaikan setinggi-tinggi penghargaan kepada Malaysia atas usaha negara dalam mengekalkan hubungan budaya dua hala yang kukuh dengan China.

Malaysia merupakan satu-satunya negara yang diundang untuk mempromosikan kebudayaan dan pelancongan sempena ekspo ini dengan Pavilion Malaysia yang bertemakan ‘Malaysia Truly Asia’.

Minggu Budaya Malaysia 2024 mendapat sambutan ramai pengunjung

Minggu Budaya Malaysia 2024 mendapat sambutan ramai pengunjung.

Pelaksanaan Minggu Budaya Malaysia 2024 mencatatkan kejayaan melalui gabungan usaha padu kementerian dan jabatan/agensi di bawahnya melalui Bahagian Pengurusan Acara, Bahagian Hubungan Antarabangsa Kebudayaan, Jabatan Kebudayan dan Kesenian Negara (JKKN), Istana Budaya, Tourism Malaysia, Islamic Tourism Centre (ITC) dan badan bukan kerajaan (NGO) World Culture Organisation (WCO).

Dengan kejayaan Minggu Budaya Malaysia 2024, MOTAC komited untuk meneruskan kerjasama erat antara agensi-angensi bawah kementerian dan NGO dalam usaha untuk memartabatkan lagi seni, budaya dan warisan negara serta mempromosikan pelancongan Malaysia di peringkat antarabangsa.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain