suria

Dapat parcel nipis dan ringan, suri rumah senang ditipu bayar cara DFOD... Peniaga untung rating terus naik

Mangsa menerima sepasang sarung tangan getah selepas membayar caj penghantaran. -Gambar hiasan

KES penipuan dalam talian seperti tiada kesudahan, malah semakin banyak taktik licik atau modus operandi muncul untuk menipu mangsa.

Terbaharu, seorang suri rumah berkongsi cerita di media sosial, mendakwa menjadi mangsa scammer yang menggunakan syarikat kurier J&T sebagai pengantara.

"Saya tengah masak di dapur, kemudian ada orang J&T hon.

Pengguna dinasihatkan menyemak dahulu barangan yang dibeli secara online sebelum membuat sebarang pembayaran. -Gambar hiasan

"Jadi saya minta anak saya yang pergi tengok, dia cakap saya ada beli barang yang perlu dibayar delivery fee on delivery (DFOD) berharga RM7.40.

"Masa itu saya tak teringat langsung ada beli barang, jadi saya terus bagi anak duit minta dia pergi bayar," tulisnya di Facebook.

Menurut suri rumah yang dikenali sebagai Nadia itu, dia sememangnya kerap membeli barangan secara online serta sering menggunakan kaedah pembayaran DFOD, justeru tidak memeriksa bungkusan terlebih dahulu sebelum membuat pembayaran.

ARTIKEL BERKAITAN: Pekerja kurier merungut, minta hapus kaedah COD... Geram pembeli banyak songeh! - “Aku nak balik cepat”

ARTIKEL BERKAITAN: Lagi 3 minggu nak kahwin, duit belanja kenduri lesap... Bakal pengantin kena scam berkira-kira pinjam Ah Long

Namun apabila anaknya membawa masuk bungkusan yang diterima, dia berasa pelik kerana ia sangat ringan.

"Masuk rumah anak bagi parcel tu dan saya terus buka, sebab parcel nipis macam tiada apa.

"Sekali buka ada sarung tangan getah dua helai saja.

"Saya terus call budak J&T untuk pulangkan semula tetapi mereka tak boleh melakukan sembarangan kerana barang yang dihantar sudah dimasukkan ke dalam sistem," katanya.

Ramai penjual yang buat macam ini sebab mahu rating kedai naik

NETIZEN

Menurut Nadia, segala informasi yang tertera pada bungkusan adalah betul dan dia yakin ia dihantar oleh peniaga TikTok Shop berdasarkan nama yang digunakan.

"Saya memang yakin maklumat alamat dan nama saya scammer tu ambil dari TikTok. Sebab nama (pada bungkusan) tadi saya guna untuk TikTok. Kalau Shopee nama lain," dakwanya.

Meskipun Nadia bersyukur kerana menanggung kerugian dalam jumlah yang kecil dengan hanya membayar kos penghantaran, dia musykil apa faedah atau keuntungan diperolehi pengirim bungkusan itu kerana caj RM7.40 dibayar terus kepada syarikat kurier.

Antara komen netizen

Di ruangan komen, kebanyakan netizen menjelaskan taktik berkenaan adalah kaedah terbaharu bagi mereka yang menjual secara online untuk mendapatkan 'rating' tinggi jualan.

Selain itu ramai juga bersimpati dengannya dan memberi nasihat agar memeriksa dahulu barang dibeli sebelum membuat apa-apa bayaran.

"Dia nak nilai 'sold' dekat kedai dia. Saya tahu sebab saya seller dua platform e-dagang. Ramai yang buat macam ni sebab nak rating kedai naik.

"Contoh barang make up. Dia yang beli, letak semua nama orang lain. Dia post benda lain yang tah apa-apa. 100 'sold' (contoh).

"Makin tinggilah rating kedai dia. Saya tak pernah buat macam tu. Dia tak untung dari segi duit tapi dari segi prestasi kedai," seorang netizen membuat pendedahan.

Dalam pada itu ada juga yang mengingatkannya tentang kemungkinan ada individu berniat tidak baik dengan menghantar 'sesuatu'.

"Hati-hati ni bukan bab scammer je, takut orang hantar benda bukan-bukan, tu saya kalau ada barang kena bayar akan siasat habis-habis, kalau tak ada order saya return," kata pengguna lain pula.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain