suria

Ngeri! Motosikal hilang kawalan, galah sabit terpelanting hingga tertusuk badan

Mangsa meninggal dunia akibat cedera parah selepas tertusuk galah sabit. -Foto media sosial

SEORANG penunggang motosikal maut dalam keadaan mengerikan selepas galah sabit buah kelapa sawit tertusuk pada bahagian belakang badannya dalam kejadian di Kampung Matang Gerdu, Bagan Serai, Perak, pada petang Rabu.

Menurut Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Juna Yusoff, pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian berkenaan kira-kira pukul 6.58 petang.

Ujarnya, mangsa yang berusia 44 tahun itu menunggang motosikal hilang kawalan sebelum terbabas ke dalam parit, menyebabkan galah sabit yang dibawanya terpelanting dan tertusuk pada tubuhnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu maut selepas bertengkar dengan anak, polis mohon orang ramai tidak sebar gambar mangsa

"Mangsa ditemukan orang awam dalam keadaan berlumuran darah dan tidak sedarkan diri.

"Pegawai perubatan datang ke lokasi dan mengesahkan mangsa meninggal dunia. Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Parit Buntar untuk bedah siasat," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Tambah Juna, mereka yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil memberi keterangan kepada pegawai penyiasat Insp Muhammad Fazri Abdul Aziz di talian 05-7212222 atau 013-7111923.

Dalam masa yang sama, Juna turut menasihati pengguna jalan raya supaya berhati-hati dan mematuhi peraturan lalu lintas.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain