suria

Penjawat awam ditahan bantu siasatan kes bunuh Nur Farah Kartini

Polis mengesahkan seorang penjawat awam ditahan bagi membantu siasatan kes pembunuhan Nur Farah Kartini. -Gambar hiasan (kiri).

POLIS menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat Nur Farah Kartini Abdullah, yang dipercayai dibunuh, pada Isnin.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata, suspek berusia 26 tahun yang merupakan seorang penjawat awam, ditahan susulan penemuan mayat wanita berusia 25 tahun itu.

Beliau turut mengesahkan penemuan mayat di ladang kelapa sawit, Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor, pada 6 petang Isnin, adalah dipercayai seorang wanita yang dilaporkan hilang pada Rabu lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Misteri kehilangan terungkai... Jasad Nur Farah Kartini ditemukan, dipercayai dibunuh

"Sehubungan dengan itu, siasatan telah direklasifikasikan di Bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Terdahulu, mStar melaporkan mayat Nur Farah Kartini, ditemukan kira-kira jam 6 petang Isnin.

Mangsa yang berasal dari Sarawak, hilang pada Rabu lalu, selepas dipercayai menghantar kereta sewa kepada pelanggan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain