suria

Teman lelaki Nur Farah Kartini direman tujuh hari

Teman lelaki Nur Farah Kartini direman tujuh hari.

SEORANG penjawat awam yang ditahan bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat Nur Farah Kartini Abdullah, direman tujuh hari.

Perintah reman dikeluarkan Hakim Nurul Mardhiah Mohammed Redza di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu di Selangor pada Selasa, selepas permohonan dibuat oleh pihak polis.

ARTIKEL BERKAITAN: Misteri kehilangan terungkai... Jasad Nur Farah Kartini ditemukan, dipercayai dibunuh

Ia susulan penemuan mayat Nur Farah Kartini Abdullah, 25, di sebuah ladang kelapa sawit, Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor pada Isnin.

Terdahulu, suspek berusia 26 tahun itu yang disahkan teman lelaki mangsa oleh Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan, tiba di mahkamah dengan menaiki kenderaan polis kira-kira pukul 8.51 pagi sebelum dibawa keluar sejam kemudian.

Suspek ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Penahanan itu disahkan Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Deputi Superintendan Mohd Asri Mohd Yunus.

Mayat Nur Farah Kartini Abdullah, 25, ditemui di ladang kelapa sawit, Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor, pada pukul 6 petang semalam.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata, pemeriksaan awal mengesahkan mayat berkenaan adalah Nur Farah Kartini yang dilaporkan hilang sejak Rabu di Tanjung Malim, Perak.

Allahyarham Nur Farah Kartini berasal dari Miri, Sarawak juga bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) hilang sejak 10 Julai lalu selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain