suria

Kanak-kanak hilang ketika bermain dekat gerai, ibu bapa sedang berniaga

Kanak-kanak itu hilang sejak Sabtu ketika dia bermain berdekatan gerai ibu bapanya.

POLIS sedang mengesan seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun yang hilang sejak Sabtu di Eco Galleria, Iskandar Puteri, Johor.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner M. Kumarasan berkata, kanak-kanak berambut panjang itu kali terakhir dilihat memakai kemeja-T Mickey Mouse berwarna putih.

Kanak-kanak itu berketinggian kira-kira 120 sentimeter (sm).

“Bapanya menyedari dia hilang kira-kira pukul 8.30 malam Sabtu.

ARTIKEL BERKAITAN: Suami isteri ‘hilang’ bersama 6 anak, beberapa hari tak balik... Tuan rumah terkejut, barang penuh tapi berbau busuk!

“Kami menggesa mereka yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kehilangan kanak-kanak itu supaya menghubungi Inspektor Abd Hadi di talian 017-7051097,” katanya dalam satu kenyataan.

Terdahulu, gambar kanak-kanak itu yang dikatakan berada di Pesta Bon Odori tular di media sosial.

Difahamkan, ibu bapa mangsa merupakan antara peniaga yang menyertai festival itu.

Dia dikatakan bermain berhampiran gerai sebelum hilang.

Difahamkan juga polis telah mengerahkan Unit K9 untuk mencari gadis itu di tempat kejadian.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain